|
Wednesday, November 29, 2006
KALUMPANG RESORT
Kalumpang Resort and Training Centre, terletak kat Pekan Kalumpang la...on the way nak gi Tanjung Malim. Kalau dari umah kami, ikut Kuala Kubu Baru 10 minit dah sampai. Kalumpang Resort ni baru dibuka dlm tahun nie, yang best tuh air dia jernih dan bersih sbb tak ramai lagi yg tahu kot. Kalau kita nak sewa tapak untuk picnic and BBQ dia kira satu kepala rm5, Kalau nak check in rm135 (weekday), rm150(weekend)
Facilities dia pun best, dia ade jambatan gantung, swimming pool, tempat jogging and walking, tapak perkhemahan, tapak aktiviti, asrama utk bujang, wakaf, rumah BBQ, dewan seminar, surau dan kedai souvenir. Dia juga incharge aktiviti utk family day,kursus motivasi dan persendirian seperti sukan air, rentas sungai , rentas hutan dan halangan...tempat tu mmg more adventurous skit.
Pastu sapa yg check in kat situ dia ader pakej four wheel drive, lawatan ladang dan lawatan ternakan ikan, dan sesapa yg check in kat situ musim buah, dia bleh makan buah2 berapa byk dia suka....kat dalam tu ader dusun buah-buahan (kena pi time musim buah ler camni)
Time kami pegi last week ader family day Putra Medical Centre, best gak tengok diaorg punye aktiviti Masa time anak sorang kami pegi, tempat tu belum membangun lagi masih hutan belantara. Tapi best sbb bleh parking kereta kat sbelah waterfall jer, kiri kanan hutan menghijau jer, tempat picnic pun masih rumput yg menghijau. Tapi sekarang ni, maklumlah nak jadikan tempat perlancongan, mestilah nk dibangunkan.
Anyway, skarang nie kat Selangor, situlah waterfall paling cun, sbb air dia masih jernih dan bersih.
Labels: cuti cuti m'sia
Posted by dura ::
9:28 PM ::
0 Comments:
Post a Comment
---------------------------------------
|
|
|
|